Tiada Kategori

Sam Edelman FW25 Hadir dengan Rekaan Elegan Penuh Pesona Untuk Semua Gaya

Nur Farra

Rakyat Malaysia, bersedia untuk musim baru penuh gaya! Sam Edelman, pereka terkenal dari Amerika yang sinonim dengan rekaan bergaya dan berkualiti, melancarkan koleksi Fall/Winter 2025 terbaru.

Koleksi kali ini menampilkan rekaan bold dan elegan, daripada pakaian pejabat santai hingga ke casual chic dengan cetakan unik. Beberapa pilihan menarik termasuk:

  • Bay Slide (Rich Chocolate) – sandal versatile untuk santai di tepi kolam atau brunch hujung minggu.

  • Avira Flats (French Merlot/Ivory/Rich Chocolate) – klasik tapi feminin, sesuai digayakan sepanjang hari.

  • Althea (Cow Print & Modern Ivory) – sneakers statement, gabungan sporty dan chic, sesuai untuk tampilan santai atau smart-casual.Direka untuk membolehkan wanita mengekspresikan individualiti dengan penuh keyakinan, koleksi ini menggabungkan keselesaan, sofistikasi, dan sentuhan feminin pada setiap rekaan.

Fall/Winter 2025 kini boleh didapati di butik pertama Sam Edelman Malaysia di The Gardens Mall, Lot F-222.