
Salji Turun Di Arab Saudi
RIYADH — Beberapa kawasan di utara Arab Saudi dilaporkan dilitupi salji semalam susulan dan hujan lebat melanda beberapa bandar serta wilayah lain di negara berkenaan, lapor portal Arab News.
Difahamkan, Trojena, sebuah destinasi pergunungan untuk aktiviti mendaki dan ski yang terletak di Jebel Al-Lawz, Wilayah Tabuk antara kawasan yang dilitupi salji.
Lokasi ini terletak pada ketinggian mencapai 2,600 meter dari paras laut.
Menurut agensi berita tempatan, hujan renyai hingga sederhana turut turun di Bir Bin Hermas, Al-Ayinah, Ammar, serta Shaqra dan kawasan sekitarnya.
Pusat Meteorologi Kebangsaan memaklumkan terdapat kemungkinan salji bakal berlaku lagi di kawasan utara Wilayah Riyadh dan Wilayah Al-Qassim, susulan fenomena yang melanda Wilayah Tabuk dan Hail semalam.
Pada November 2024, kawasan Al-Jawf di Arab Saudi dilitupi salji putih buat pertama kali dalam sejarah.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi, fenomena ini merupakan sebahagian daripada perubahan cuaca.
Ini melibatkan hujan lebat, hujan batu dan pembentukan air terjun, yang sekali gus menghidupkan kembali lembah-lembah kering di sekitar Al-Jawf
Sumber: Arab News