
Dalam dunia perniagaan, untung dan purata jualan amatlah dititik beratkan. Siapa sahaja yang menjalankan sesuatu perniagaan tak mahu kan keuntungan dan meningkatkan purata jualan mereka bukan?
Namun ia bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan dalam sekelip mata sahaja. Banyak faktor dan langkah yang perlu diambil untuk menjayakan sesuatu perniagaan.
Tapi, korang tahu tak, sebenarnya jika purata jualan anda tinggi tidak semestinya untung jualan perniagaan anda juga akan naik. Menerokai perkongsian penasihat kewangan Saifullah Suratmin (gambar), beliau jelaskan dengan lebih terperincil mengenai isu ini.
Ikuti perkongsian beliau di bawah.
1. Apabila berniaga kedai makan, kita mesti naikkan keuntungan kedai makan kita. Apabila sales naik, untung tidak semestinya naik.
2. Apabila sales naik, ada kos juga akan turut naik. Antara kos yang naik ialah kos bahan mentah. Contohnya, untuk jual mee goreng kosnya untuk satu pinggan ialah RM5. Apabila kita jual 100 pinggan kosnya itu RM500. Jika kita jual 200 pinggan kosnya sudah jadi RM1,000.
3. Kalau dulu kita jual 100 pinggan, kita cuma perlu 2 orang pekerja kerana kedai makan tidak terlalu sibuk. Apabila jualan meningkat 2 orang pekerja sudah tidak cukup. Sekarang kedai makan kita perlukan 3 orang pekerja seorang pekerja tambahan.
4. Jadi, sebagai pemilik kedai makan, kita mesti faham jika sales naik kos juga akan ikut naik. Kos itu bukan sahaja kos bahan tetapi kos-kos lain juga. Apabila ada pekerja tambahan maknanya kos seperti caruman majikan juga bertambah, kos seperti elaun juga bertambah.
5. Selain kos berkaitan pekerja kos seperti minyak masak, air dan elektrik juga akan naik. Apabila jualan kita naik, kos ini turut naik jadi kita mesti kira betul-betul kos ini. Buruk padahnya jika tersalah kira. Hujung-hujung kita sangka sales naik untung ikut naik. Rupanya sebaliknya yang berlaku. Kita cuma dapat penat.
Sumber: Facebook Saifullah Suratmin