Kuala Lumpur – Individu yang menyaksikan kemalangan maut melibatkan anggota polis bersama isterinya pada 8 pagi semalam di Jalan Syed Putra menghala ke Pusat Bandar diminta untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian tersebut, motosikal yang ditunggang Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran dan isterinya, Allahyarham Nurul Ashikin telah merempuh belakang sebuah lori, mengorbankan kedua-dua mereka bersama anak kembar dalam kandungan Ashikin.
Menurut laporan, lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut tidak memberhentikan kenderaan setelah rempuhan berkenaan. Maklumat mengenai kenderaan tersebut turut tidak dapat dikenalpasti.
Pasangan berkenaan turut meninggalkan seorang anak lelaki, Muhammad Arfan Ziqri yang berusia 1 tahun 10 bulan.
Jenazah kedua-dua mangsa selamat dikebumikan jam 2.20 pagi tadi dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rekang Hilir, Bachok.
Sumber: Trafik KL JSPT KL, Polis Diraja Malaysia,