Wanita Tikam Ibu Mentua
Kredit: Istimewa via Detik

Sakit Hati Sering Dimaki Hamun, Wanita Tikam Ibu Mentua

Athirah

Sakit Hati Sering Dimaki Hamun, Wanita Tikam Ibu Mentua

Seorang wanita dilapor menikam ibu mentuanya menggunakan gunting selepas tidak mampu menahan sabar akibat sering diherdik, lapor portal Kompas.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Desa Gandekan, Kecamatan Wonodadi, Kabupaten Blitar, Jawa Timur di Indonesia pada Isnin lalu.

Kapolres Blitar Kota, AKBP Kalfaris Triwijaya Lalo berkata siasatan awal mendapati suspek berasa sakit hati kerana ibu mentuanya sentiasa memaki hamun tanpa sebab sejak berkahwin kira-kira dua yang lalu.

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku selepas suspek berusia 21 tahun bertengkar dengan ibu mentuanya, 70, dan diusir dari rumah.

Ibu mentua acu gergaji, menantu naik angin

"Mangsa kemudiannya mengacungkan gergaji ke arah menantunya hingga menyebabkannya naik angin

"Suspek bertindak mencekik mangsa dan menekap mukanya dengan bantal serta mencapai gunting lalu menikam leher ibu mentuanya sebanyak tiga kali

"Dia juga sempat menusuk perut mangsa sebanyak dua kali sebelum melarikan diri bersama anaknya," ujar Kalfaris lagi.

Kredit: Suara Merdeka Jatim

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian leher yang menjejaskan proses pengoksigenan, sekali gus menyebabkan mangsa mati lemas.

Menurut portal Kompas, suspek cuba melarikan diri dengan menaiki basikal elektrik sebelum bersembunyi di sebuah penginapan di Kabupaten Tulungagung.

Bagaimanapun, anggota Siasatan Jenayah (Satreskrim) Ibu Pejabat Polis Blitar Kota bersama pasukan operasi Satreskrim Ibu Pejabat Polis Tulungagung berjaya mengesan lokasi persembunyian suspek sebelum menahannya kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Sumber:KOMPAS.com