Pasti ramai diantara kita yang sedang mengalami sakit belakang. Manakan tidak, sehari suntuk duduk sahaja di depan komputer pasti akan memberikan kesan kepada bahagian belakang badan anda.
Walaupun sudah urut untuk mengurangkan dan menghilangkannya, ianya masih berasa sakit lagi.
Justeru daripada itu, portal Hello Doktor ada menjelaskan tentang tips untuk membantu mengatasi sakit belakang ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penerangannya seperti berikut:
Sakit belakang sering mengganggu aktiviti harian. Ia adalah antara aduan yang paling kerap diterima oleh doktor di klinik. Kini, bukan sahaja orang dewasa, malah golongan muda turut mengalami masalah ini. Namun, tahukah anda tentang cara mencegah sakit belakang yang betul?
Dengan kehidupan sedentari (tidak aktif) dan duduk di atas kerusi di dalam pejabat sepanjang hari, maka ia membuatkan sakit belakang menjadi semakin berleluasa.
Ia paling berkesan jika anda mengalami sakit belakang disebabkan trauma. Pad sejuk sebaiknya digunakan dalam tempoh 24 ke 48 jam dari trauma tersebut.
Selepas tempoh berkenaan, anda boleh gunakan pad suam. Namun sebelum itu, berikan sedikit rehat pada kulit antara dua sesi.

Anda mungkin perlu pelbagaikan posisi tidur bermula hari ini. Caranya anda boleh meletakkan bantal antara bawah lutut untuk mengurangkan tekanan ke atas lutut dan belakang badan.
Otot ini terletak di bahagian belakang paha. Ia sering diabaikan namun ini adalah anggota badan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
Namun, regangan beberapa kali sehari mungkin dapat membantu mengurangkan kesakitan.

Merokok bukan sahaja menjejaskan paru-paru dan meningkatkan risiko kanser, tetapi ia juga menyebabkan saluran darah mengecut. Hasilnya aliran darah ke tisu akan berkurang lalu menyebabkan rasa sakit.
Sakit belakang mungkin disebabkan beberapa keadaan kesihatan seperti hernia cakera tulang belakang atau penyakit sendi seperti arhritis tulang belakang. Sebelum melarat, lebih baik dapatkan bantuan daripada pakar perubatan.