Tiada Kategori

Sajian Istana di Grand Hyatt KL: Nikmati Bufet Ramadan Bertemakan Hidangan Diraja

Nur Farra

Ramadan kali ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur membawakan Sajian Istana di JPteres, menampilkan hidangan tradisi diraja Malaysia dalam suasana mewah dan eksklusif.

Pengalaman Berbuka Unik & BersejarahMengambil inspirasi dari warisan kulinari istana, para tetamu akan disambut dengan alunan muzik Gamelan, tarian tradisional, dan dekorasi klasik yang mencerminkan keindahan istana Melayu. Di pintu masuk, dua hulubalang berpakaian tradisional bersedia menyambut tetamu, memberikan pengalaman seakan berada di dalam istana.

Hidangan Tradisi Diraja yang EksklusifNikmati pelbagai juadah istimewa seperti Pesamah Daging, Opor Ayam Kacang, Ketupat Sotong, serta Udang Galah Sambal Lado yang kaya dengan rasa autentik. Bufet ini turut menyajikan pilihan makanan laut segar, daging berkualiti tinggi, serta juadah popular seperti Bubur Lambuk, Kambing Bakar, Gearbox Soup, Ambur Mutton Briyani, Lemang dan Rendang.

Pencuci Mulut & Minuman KlasikLengkapkan pengalaman berbuka dengan pelbagai pilihan pencuci mulut moden dan tradisional, termasuk kuih-muih Melayu dan minuman khas Ramadan.

Tarikh: 3–30 Mac 2025Lokasi: JPteres, Grand Hyatt Kuala LumpurMasa: 6:30 PM – 10:30 PM

Harga Promosi (3-7 & 28-30 Mac 2025):

  • Dewasa: RM198 nett

  • Kanak-kanak (7-12 tahun): RM124 nett

Harga Biasa (8-27 Mac 2025):

  • Indoor: Dewasa RM248 | Kanak-kanak RM124

  • Outdoor: Dewasa RM228 | Kanak-kanak RM124

Tempahan & Pertanyaan:Email: [email protected]WhatsApp: +60 12-621 9869Telefon: +603 2203 9188