Saintis Temui Mamalia Purba Masih Hidup Di Indonesia
Saintis dilaporkan berjaya merakamkan seekor mamalia purba yang didakwa sudah pupus buat kali pertama di Pergunungan Cylops, Papua, Indonesia.
Mamalia yang dinamakan sempena Sir David Attenborough itu berjaya dirakam oleh penyelidik Universiti Oxford dalam klip video selama tiga saat.
Penemuan echidna berparuh panjang, berduri, berbulu itu dianggap sebagai ‘fosil hidup’.

Mamalia itu dipercayai wujud sekitar 200 juta tahun yang lalu, ketika dinosaur masih berkeliaran di atas muka bumi.
Sehingga kini, satu-satunya bukti bahawa spesies Zaglossus attenborough ini wujud adalah menerusi spesimen berusia beberapa dekad di muzium spesimen haiwan.
Kredit BBC/JONAH FISHER“Saya gembira, seluruh pasukan turut gembira,” kata Dr James Kempton kepada BBC ketika penemuan Attenborough itu berjaya dirakam oleh kamera.
“Saya tidak bergurau apabila saya mengatakan bahawa rakaman itu datang daripada SD kad terakhir yang kami pantau. Ia daripada kamera terakhir yang kami kumpulkan, pada hari terakhir ekspedisi kami,” tambahnya lagi.
Selain itu, Dr Kempton berkata bahawa dia telah bertukar pendapat dengan Sir David mengenai penemuan semula itu dan beliau ‘sangat gembira’ dengan berita itu.
Dr Kempton ketua Ekspedisi pasukan daripada pelbagai negara
Dr Kempton adalah ahli biologi dari Universiti Oxford yang mengetuai ekspedisi daripada pasukan pelbagai negara selama sebulan ke kawasan perngunungan Cylops itu.
Pergunungan Cylops adalah sebuah lokasi yang belum pernah diterokai dan dipercayai menjadi habitat hutan hujan yang lasak setinggi 2,000 meter di atas paras laut.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Di samping penemuan echidna Attenborough yang hilang, ekspedisi itu juga telah menemui beberapa spesies baru serangga dan katak.
Ekspedisi itu juga berjaya menemui populasi kanggaru pokok dan burung cenderawasih.
Selain daripada platipus paruh itik, echidna adalah satu-satunya mamalia yang membiak dengan cara bertelur.
Sebanyak tiga daripada empat spesies echidna mempunyai paruh panjang, dengan echidna Attenborough dan echidna barat dianggap sangat terancam.
Sumber: BBC