Saintis Switzerland Cipta Kayu Bercahaya Guna Kulat
Saintis di Switzerland dilaporkan berjaya mencipta kayu bercahaya menggunakan kulat, lapor portal New Atlas.
Mereka menggabungkan kayu balsa dengan kulat madu (Desarmillaria tabescens) untuk menghasilkan cahaya hijau terang. Difahamkan, tindak balas kimia boleh berlaku dalam hanya 1o hari.
Lain daripada itu, ciptaan ini turut memakan masa yang lama kerana para saintis berpendapat bahawa kulat madu dan kayu balsa perlu diinkubasi selama tiga bulan dalam persekitaran yang sangat lembap.
Menurut portal New Atlas, kayu balsa dipilih kerana ringan dan mampu menyerap air sehingga lapan kali beratnya, malah cahaya mula keluar apabila ia terdedah kepada oksigen.
Pada ketika itu, enzim luciferin memulakan tindak balas yang menghasilkan pancaran cahaya hijau.
Saintis ingin menambah baik ciptaan ini
Untuk pengetahuan, enzim luciferin ini turut berada dalam tubuh badan serangga bersayap iaitu kelip-kelip.
Pemeriksaan lanjut mendapati kulat madu mampu memecahkan lignin dalam kayu, yang merupakan polimer semula jadi untuk kekuatan mampatan.
Walau bagaimanapun, ia tidak dapat mengurangkan kestabilan keseluruhan kayu kerana serat selulosa masih kekal utuh.
New Atlas berkata, para saintis berharap untuk menambah baik teknik bagi meningkatkan keamatan dan jangka hayat kayu bioluminesen.
Difahamkan, matlamat penciptaan kayu bercahaya ini adalah untuk menyediakan pencahayaan tenaga di rumah atau tempat awam di masa hadapan.
BACA: Ada Yang Ragut Hingga Jutaan Nyawa, Ini 5 Peristiwa Banjir Terburuk Dunia
BACA: Kerosakan Yang Ramai Terlepas Pandang, Ini 5 Tanda “Head Gasket” Kereta Bermasalah
Sumber: New Atlas