
Saintis Jumpa Obor-obor Gergasi, Sama Panjang Dengan Bas
Sekumpulan saintis yang menjalankan ekspedisi laut di Argentina berjaya menemui seekor obor-obor aneh dengan saiz yang luar biasa.
Menurut USA Today, Stygiomedusa gigantea atau obor-obor hantu gergasi itu dirakam pada kedalam 250 meter daripada permukaan laut.
Penemuan tersebut dibuat oleh kumpulan saintis daripada Institut Laut Schmidt semasa menjalankan penyelidikan berkenaan kepelbagai bio di kawasan laut Amerika Selatan.
Obor-obor berkenaan dipercayai boleh membesar hingga mencapai diameter 1 meter, manakala panjang empat sesungutnya mencapai kira-kira 10 meter.
Sesungut haiwan laut itu tidak mempunyai bisa, tetapi boleh menggunakan kelebihan tersebut untuk menangkap mangsa seperti plankton dan ikan kecil.
Dalam rakaman berkenaan, dapat dilihat kumpulan ikan kecil berenang berdekatan obor-obor tersebut.
Oboor-obor ini penah ditemui di semua lautan di seluruh dunia, kecuali di kawasan Artik.
Bagaimanapun, manusia jarang-jarang sekali dapat melihat haiwan berkenaan kerana habitatnya yang berada di kawasan laut dalam.
Malah secara faktanya, saintis hanya merekodkan penemuan lebih sedikit daripada 100 sejak penemuan kali pertama dibuat pada 1899.
Walaupun jarang ditemui, saintis percaya bahawa obor-obor gergasi ini adalah biasa, tetapi sering 'bersembunyi' di kawasan gelap dalam zon midnight.