Virus maut yang dijangkiti oleh golongan ibu mengandung berkemungkinan berpotensi dipindahkan kepada bayi dalam kandungan mereka sekali gus menyebabkan bayi mereka turut dijangkiti, kata saintis di China yang bimbang dengan kes bayi yang baru lahir dilaporkan positif koronavirus sebelum ini.
Angka kematian akibat daripada virus tersebut dilaporkan terus meningkat sejak wabak itu mula dikesan pada lewat Disember 2019. Dengan lebih 500 orang di China dilaporkan meninggal dunia dan lebih 24 ribu kes dicatatkan sehingga hari ini.
Semalam media melaporkan seorang bayi yang baru lahir disahkan positif dijangkiti dengan virus itu 30 jam selepas dilahirkan pada 2 Februari lalu di Hospital Kanak-Kanak Wuhan.

Sejak dari itu pihak doktor telah menyatakan kebimbangan mereka berkenaan wabak ini yang berkemungkinan boleh dipindahkan daripada ibu yang hamil kepada bayi dalam kandungan mereka.
“Ianya sekali gus telah membuatkan kami berwaspada tentang ancaman bayi yang di dalam kandungan turut berpotensi dijangkiti melalui ibu yang disahkan positif dengan virus ini,” kata ketua ahli fizik Hospital Kanak-Kanak Wuhan, Zeng Lingkong.
Hospital tersebut turut mengesahkan kes kedua yang melibatkan bayi – dimana bayi berkenaan menunjukkan simptom dijangkiti selepas 16 hari dilahirkan.
Sumber: Independent