Para saintis kini sedang menjejak salah satu spesis haiwan terancam dan paling jarang ditemui yang digelar ‘Unicorn Asia’, kali terakhir ditemukan di kawasan pergunungan Asia Tenggara.
Menurut Daily Star, spesis mamalia berkenaan pertama kali ditemui di Hutan Simpan Vu Quang, Vietnam. Unicorn Asia atau nama umumnya soala dijejak pada tahun 1992 di hutan tersebut dan tidak pernah lagi ‘muncul’ setelah itu.
Gambar: Daily StarSeekor soala dewasa dikatakan sebesar 30 inci, berkaki empat dan cenderung mengelak dari bertemu dengan manusia. Oleh kerana sifat ‘malu’ haiwan ini, para saintis khuatir sekiranya ia tidak ditemui untuk dikembangbiakkan, spesis mamalia tersebut akan pupus dalam masa terdekat.
Setakat ini, tiada penyelidik pernah melihat soala secara bersemuka. Pun begitu, sosok soala pernah tertangkap kamera yang disembunyikan di dalam hutan kira-kira sembilan tahun yang lalu.
Gambar: Daily StarDalam gambar tersebut, dapat dilihat seekor soala sedang berdiri di kawasan berair sambil kepalanya berpusing ke arah kamera. Ciri-ciri soala atau Unicorn Asia ini mirip seperti kijang, di mana ia mempunyai tanduk yang hampir serupa dengan corak berwarna putih di muka.
Sumber: Daily Star