Saintis Bingung, Lebih 200 Ikan Paus Ditemui Terdampar Di Pantai Australia
Lebih 200 ikan paus dilaporkan telah ditemui terdampar di pantai barat Tasmania di Autralia kata pegawai hidupan liar.
Haiwan itu, yang kelihatan seperti dari spesis paus ‘pilot’ terdampar di pantai dan tebing pasir, kata Perkhidmatan Taman dan Hidupan Liar Tasmania dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
“Laporan awal menganggarkan bahawa kira-kira separuh daripada haiwan itu masih hidup,” tambahnya.
Ia juga mengatakan bahawa pakar sampai ke tempat kejadian untuk menilai keadaan semasa dan seterusnya akan merancang “tindakan yang sesuai”.
Kenyataan itu juga menegaskan bahawa sukarelawan tidak diperlukan buat masa ini. Ikan paus yang terdampar secara besar-besaran itu telah membingungkan saintis marin selama beberapa dekad.
Insiden itu bukanlah yang pertama kali berlaku di pantai Tasmania, sebuah pulau yang berada di luar pantai selatan tanah besar Australia itu.
Pada tahun 2020 satu kejadian sama juga berlaku yang menyaksikan paus terdampar secara besar-besaran dan melibatkan ratusan ikan paus terdampar di pelabuhan. Menjadikan ianya sebagai satu peristiwa ikan paus yang terdampar paling terbesar berlaku dalam sejarah Tasmania.
Satu lagi kes yang menyedihkan berlaku pada minggu ini telah menyaksikan lebih daripada sedozen ikan paus sperma muda ditemui telah mati di pantai Tasmania dalam satu kejadian lain.
Haiwan itu kebanyakannya jantan, telah ditemui oleh pihak berkuasa hidupan liar pada petang Isnin yang dipercayai sebahagian daripada kawanan yang sama.
Sumber: CNN
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang