Saintis Afrika Cipta Pemacu Gen Dakwa Hapus Penularan Malaria
Pakar mencipta satu teknik inovatif yang didakwa dapat mencegah penularan malaria dengan mengubah genetik nyamuk menggunakan alat kawalan vektor yang bakal dilancarkan pada masa hadapan di Afrika, lapor CNN.
Saintis, Abdoulaye Diabete yang mengetuai entomologi perubatan dan parasitologi di Institut Penyelidikan Sains Kesihatan Burkina Faso berkata teknik tersebut yang digambarkan sebagai teknologi pemacu gen berpotensi untuk mengubah corak permainan penyakit itu.
Diabete berkata malaria berjangkit melalui gigitan nyamuk anopheles betina yang dijangkiti penyakit parasit, bagaimanapun nyamuk jantan tidak menularkan penyakit itu.
Jelasnya, dengan pemacu gen penularan penyakit malaria akan dapat dihalang susulan nyamuk betina tidak menghasilkan genetik baharu kerana nyamuk jantan telah disunting gen yang dibuat steril ke alam sekitar.
Profesor Abdoulaye Diabete | Gambar: CNNDengan suntikan gen itu, populasi nyamuk betina akan berkurangan dan penularan malaria akan dihentikan.
“Apabila nyamuk (suntingan gen) dilepaskan di lapangan…ia akan merebak ke seluruh populasi nyamuk dan mengurangkan penghantaran malaria serta-merta,” katanya.
Diabete turut berkata bahawa pemacu gen adalah intervensi kawalan malaria yang lebih mampan dan mesra bajet.
“Perkara baik tentang teknologi yang kami bangunkan ini ialah jika ia berfungsi seperti yang diharapkan, ia bukan sahaja menjimatkan kos, tetapi ia juga akan mampan dan boleh digunakan di kawasan terpencil dan sukar untuk diakses di Afrika.
“Kami percaya bahawa sebaik sahaja teknologi itu tersedia dan berfungsi seperti yang diharapkan, ia sepatutnya boleh mengubah corak permainan,” ujarnya.
Pada 2019, pakatan penyelidikan kawalan vektor Diabate, Target Malaria telah menjalankan fasa pertama projek tersebut dengan melepaskan kumpulan perintis Afrika nyamuk yang disunting secara gen di Bana, sebuah kampung di Burkina Faso Barat.
Lebih daripada 14,000 nyamuk jantan steril telah dilepaskan pada hari yang sama semasa pembebasan terkawal.
Manakala, sebanyak 527 daripada nyamuk yang dilepaskan telah ditangkap semula selepas 20 hari.
“Walaupun pelepasan itu tidak bertujuan untuk memberi kesan kepada penularan malaria, ia adalah satu cara untuk pasukan mengumpul maklumat, membina pengetahuan dan membangunkan kemahiran tempatan,” kata pasukan tersebut.
Sebelum ini, Diabete telah dianugerahkan Falling Walls Prize 2023 untuk Pengurusan Sains dan Inovasi bagi penyelidikannya dan merupakan satu-satunya orang Afrika yang merangkul juara dalam global anugerah berprestij pada September tahun ini.
Beliau turut diiktiraf oleh Falling Walls Foundation kerana menyumbang kepada penyelidikan yang memberi penyelesaian genetik berkenaan malaria.
Sumber: CNN