Memasak menjadi rutin harian penting yang dilakukan oleh setiap orang tidak kira suri rumah atau individu bujang. Pun begitu, setiap orang pasti pening memikirkan hidangan yang perlu dimasak setiap hari.
Hidangan yang selalu dibuat adalah ayam goreng kerana ia sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Namun, proses menggoreng ayam juga sebenarnya perlu diketahui agar dapat menghasilkan hidangan yang sedap.
Menerusi perkongsian oleh ahli kimia, Dr Fatimah Salim, ayam goreng juga sebenarnya mempunyai tindak balas kimia yang terhasil daripada bahan-bahan yang diperap dan semasa proses menggoreng.
Sumber: Fatimah Salim