Saham Boeing Co dalam dagangan pra-pasaran Bursa Saham New York dilapor jatuh kira-kira lapan peratus hari ini, lapor CNBC.
Menurut laporan, ia berikutan tragedi pesawat China Eastern yang terhempas di pergunungan China siang tadi.
Merujuk Yahoo Finance, saham syarikat penerbangan yang berpangkalan di Chicago, US itu dilapor menurun RM760.60 seunit hari ini berbanding RM810.84 ketika ditutup pada Jumaat (lalu).
Dalam masa sama, saham syarikat China Eastern Airlines di Hong Kong juga ditutup sebanyak 6.5 peratus selepas tragedi tersebut.
Selain itu, media China melaporkan bahawa syarikat penerbangan tersebut telah menghentikan pesawat 737-800 ekoran nahas itu.
Dalam satu laporan, media melaporkan bahawa tiada seorang pun mangsa yang terselamat setakat ini.
Terdahulu, pesawat China Eastern Airlines yang membawa kira-kira 132 penumpang termasuk sembilan kru dilapor terhempas di wilayah pergunungan Guangzi.
Difahamkan, pada asalnya ia sedang dalam penerbangan dari wilayah Kunming menuju ke Guangzhou.
Bagaimanapun, dipercayai berlaku satu kemalangan sebelum pesawat tersebut hilang kawalan dan terhempas di kawasan pergunungan berkenaan.
Sumber: Daily Mail / CNBC