Safi Shayla Cipta Rekod Malaysia Dengan Acara Pound Fitness Terbesar
Putrajaya, 12 Okt. 2024 – SAFI Shayla, jenama penjagaan rambut berhijab yang terbesar, sekali lagi tampil memperkasakan wanita — kali ini dalam sukan aktif. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, SAFI Shayla tetap berjaya menganjurkan acara Sembur, POUND & Slay! dan dirasmikan oleh YB Adam Adli bin Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, sempena Hari Sukan Negara 2024.
Sejumlah 1,270 wanita berkumpul di Dataran Putrajaya untuk menjayakan sesi catatan rekod POUND® fitness yang terbesar, membuktikan bahawa tiada apa yang boleh menghalang minat mereka terhadap sukan.
SLAY Bersama SAFI Shayla Parfum Mist Rambut Berhijab di Hari Sukan Negara
Selepas kejayaan mempromosikan pemerkasaan wanita dalam e-sukan melalui kempen Sembur, Play, Slay! bersama Mediabrands Content Studio (MBCS), kali ini SAFI Shayla bekerjasama dengan POUNDwithHanis dan Kementerian Belia & Sukan (KBS) untuk acara Hari Sukan Negara yang bertemakan ‘Cergas Bersama’, bagi meneruskan misinya untuk menyokong wanita berhijab kekal aktif dalam sukan.

“Acara Sembur, POUND & Slay! ni memang selari dengan misi SAFI Shayla untuk bantu wanita berhijab yang aktif supaya lebih yakin dan kekal segar walau berhijab, tak kira bagaimana lasak pun mereka bersenam, dan juga merangkumi intipati sebenar jenama kami — memberi inspirasi kepada wanita hijabi untuk mengejar keghairahan mereka tanpa had.
SAFI Shayla Hijab Hair Mist ni sangat membantu untuk menjadikan rambut yang berhijab kekal wangi dan bebas dari bau peluh (bau kepam), lebih-lebih lagi bila buat senaman dinamik seperti POUND Fit. Ini adalah permulaan kepada satu gerakan di mana setiap wanita boleh tampil yakin tanpa batasan,” kata Yan Ghazaly, pengarah kreatif di MBCS.
Acara ini diketuai oleh Hanis Nor, Jurulatih POUND Fit, yang berjaya membangkitkan keterujaan dan semangat kesukanan di kalangan para peserta sepanjang sesi senaman yang berterusan selama sejam.

“POUND Fitness ni bukan saja tentang kekuatan fizikal, tapi ia juga merupakan sesi untuk bersosial sesama sendiri dan meningkatkan keyakinan diri. Melihat 1,270 wanita dengan semua tahap kecergasan melakukan POUND dengan penuh tenaga dan keyakinan di dalam hujan adalah satu pengalaman yang hebat” kata Hanis.
“Sebagai jurulatih yang berhijab, saya faham cabaran untuk kekal aktif di Malaysia yang cuacanya panas dan lembap sambil pakai hijab. Dengan SAFI Shayla Hijab Hair Parfum Mist, saya boleh kekal wangi dan segar sepanjang hari, tak kira bagaimana lasak pun aktiviti seharian.” Hanis berkongsi.
Kempen Warna Merah Jambu untuk PINKtober: SAFI Shayla Menyokong Kesedaran Kanser Payudara
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun, SAFI Shayla menyumbang RM5 daripada yuran penyertaan bagi setiap perserta untuk acara POUND Fitness ini, kepada Yayasan Kanser Payudara.
Para peserta juga telah memakai pakaian berwarna merah jambu sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menyatukan komuniti wanita dalam perjuangan menentang kanser payudara.

“Kita raikan kekuatan komuniti kita sambil sebarkan kesedaran tentang kanser payudara,” kata Kazlina Mohd Kassim, Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI. “Inisiatif ini menggalakkan wanita untuk mengamalkan gaya hidup aktif sambil menitik beratkan kesihatan diri, dan terus maju, tidak mengira apa jua halangan — seperti yang mereka lakukan hari ini.” Dengan menyokong perjuangan ini, pihak SAFI berharap ia akan memberi kesedaran yang lebih luas dan memupuk keyakinan serta pemerkasaan dalam kalangan komuniti wanita di Malaysia,” tambahnya.
Acara ini telah berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai sesi POUND Workout dengan peserta wanita terbanyak dan membuktikan bahawa Wanita boleh mengatasi sebarang cabaran dan menyerlah dengan penuh keyakinan walaupun berhijab. Ia juga melambangkan komitmen jitu SAFI Shayla dalam menyokong wanita di setiap langkah kehidupan mereka.
SAFI Shayla Hijab Hair Parfum Mist boleh didapati dalam saiz 30ml (RM6.90) dan 100ml (RM19.65) di Watsons serta kedai utama lain di seluruh negara. Sentiasa segar dan yakin di mana-mana sahaja dengan SAFI Shayla!