”Sabar Mak, Ait Cuba Usaha..” Dua Bulan Hilang, Luluh Hati Netizen Baca Permintaan Sayu Ibu Acap

Sha Rossa

Habis sudah segala usaha. Dari menghitung hari kini mula mengira bulan. Kehilangan Acap atau Mohamad Ashraf Hassan sejak 23 Mac lalu mula memasuki bulan kedua, kekal menjadi misteri sehingga kini. Biarpun ramai pihak yang datang menghulurkan pertolongan dari segi fizikal mahupun ‘batin’, usaha untuk menemui Acap masih menemui jalan buntu.

Melalui perkongsian Denny Lang iaitu abang kepada Acap melalui laman facebooknya, ramai netizen yang tersentuh membaca permintaan ibu mereka. Ibunya memohon doa dari seluruh rakyat Malaysia agar Acap dapat pulang kembali ke pangkuan keluarga. Ikuti perkongsian ini seperti di bawah.

Permintaan Mak Moga Dengan Doa Kalian

Dikemuliaan Ramadhan Al Karem Agar Dipermudah Segala Ikhtiar

Berikanlah Aku Kekuatan Ya Rahman

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Rapuhnya hati, dua bulan menghimpun doa

”Sabar mak, Ait cuba usaha”

Sumber : Denny Lang