
Ryt Bank & Courtsite Berganding Bahu, Galak Penyertaan Sukan & Pembayaran Digital Lebih Lancar
Ryt Bank (YTL Digital Bank) dan Courtsite, dua jenama digital terkemuka Malaysia memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka inisiatif strategik yang menyatukan dunia kewangan digital dan sukan di bawah visi bersama bagi keterangkuman, inovasi dan pembangunan komuniti.
Kerjasama tersebut dirasmikan di Setia City Convention Centre – tempat berlangsungnya ASEAN Sports Industry Expo 2025.
Majlis pemeteraian disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, serta Yang Berhormat Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Majlis itu diwakili oleh Encik Melvin Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Ryt Bank, dan Encik Aaron Sheah, Pengarah Courtsite.
Kerjasama ini menandakan permulaan perjalanan kolaboratif untuk mendekatkan kedua-dua jenama kepada rakyat Malaysia melalui kempen bersama, inisiatif pemasaran, dan aktiviti komuniti yang menghubungkan dunia kewangan dan sukan dengan lebih erat.
Dengan menggabungkan komitmen Ryt Bank untuk menjadikan urusan perbankan lebih mudah dan inklusif bersama misi Courtsite yang menghubungkan penggiat sukan, kemudahan sukan dan komuniti melalui teknologi, kerjasama ini bertujuan memperkasa komuniti sukan tempatan melalui pengalaman digital baharu yang meningkatkan kemudahan, capaian dan gaya hidup mereka.
“Seperti mana sukan menyatukan masyarakat melalui semangat yang dikongsi bersama, perbankan juga seharusnya membolehkan rakyat Malaysia untuk menyertai, maju, dan terus berkembang.” kata Melvin Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Ryt Bank.
“Kerjasama kami bersama Courtsite selaras dengan kepercayaan bahawa perbankan harus menyatu dalam kehidupan harian, bermula dengan sesuatu yang dekat dan memberi inspirasi seperti sukan.
“Sama ada anda berjimat untuk mencapai matlamat anda atau membuat pembayaran bagi minat anda, platform kami yang dikuasakan oleh AI menjadikan pengurusan kewangan lebih mudah, pintar dan bermanfaat untuk semua.”
Sebagai platform tempahan kemudahan sukan terkemuka di Malaysia, Courtsite terus berkembang sebagai sebuah ekosistem berteraskan komuniti yang menghubungkan penggiat sukan dan kemudahan sukan di seluruh negara.
Setakat ini, Courtsite mempunyai lebih daripada 600,000 pengguna dengan lebih 8 juta jam tempahan di 350 kemudahan sukan di seluruh Malaysia.
Kerjasama dengan Ryt Bank ini membuka peluang kepada pengalaman baharu yang mengiktiraf gaya hidup aktif, memperkukuh komuniti sukan tempatan, serta menjadikan pembayaran digital lebih lancar dan inklusif.
“Courtsite diasaskan dengan kepercayaan bahawa sukan adalah untuk semua,” kata Aaron Sheah, Pengarah Courtsite.
“Sukan menyatukan, mengangkat dan memperkukuh komuniti. Kerjasama dengan Ryt Bank membolehkan kami menerapkan semangat yang sama ke dalam ruang digital, di mana akses dan pemerkasaan bergerak seiring.
Bersama-sama, kami bukan sekadar membina platform, tetapi mencorakkan cara baharu rakyat Malaysia untuk hidup, bermain dan berkembang.”
Perbankan yang Bergerak Seiring Gaya Hidup Anda
Majlis menandatangani MOU di ASEAN Sports Industry Expo 2025 menegaskan aspirasi Ryt Bank untuk menerajui kerjasama berteraskan gaya hidup yang membawa nilai bermakna kepada rakyat Malaysia.
Menerusi kerjasama ini, kedua-dua jenama akan membangunkan inisiatif bersama, inisiatif berkomuniti serta pengalaman bermakna yang menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk bermain, bergerak dan terus maju – sejajar dengan komitmen Ryt Bank terhadap konsep perbankan yang melengkapi gaya hidup digital dan dinamik rakyat Malaysia masa kini.
Muat turun aplikasi Ryt Bank dari App Store atau Google Play dan log masuk ke laman web Courtsite di www.courtsite.my hari ini untuk menikmati tempahan yang lebih pintar dan lancar, mengikut cara anda.