Telah membunuh hampir 200 orang di China, koronavirus terus merebak ke seluruh dunia sehingga memperlihatkan Rusia juga telah mencatatkan dua kes pertama.
Menurut laporan The Moscow Times, Timbalan Perdana Menteri Rusia, Tatiana Golikova berkata orang yang dijangkiti itu merupakan seorang warga China yang telah diasingkan.
Golikova juga berkata bahawa semua penerbangan langsung ke China dari Rusia akan dihentikan dari tengah malam pada hari ini kecuali syarikat penerbangan nasional Aeroflot.
Tamabah beliau lagi, kerajaan juga merancang untuk memindahkan warga Rusia dari China. Menurut data awal, terdapat 300 orang Rusia di bandar Wuhan dikuarantin dan 341 di wilayah Hubei di mana wabak itu berasal.
Rusia telah meningkatkan langkah-langkah untuk menangani risiko kesihatan sepanjang minggu lalu termasuk kebanyakan pintu masuk sepanjang sempadan 4,200 kilometer dengan China.
Sumber: The Moscow Times