kenapa Butang Baju leher melintang
Gambar: Siakap Keli

Rupanya Ini Sebab Kenapa Lubang Butang Baju Pada Leher Direka Melintang

Iqbal Yasir

Rupanya Ini Sebab Kenapa Lubang Butang Baju Pada Leher Direka Melintang

Pernahkah anda perasan sewaktu memakai pakaian berbutang seperti kemeja, butang baju paling atasnya dan pada bahagian depan mempunyai kedudukan jahitan yang berbeza?

Misalnya pada bahagian leher dijahit secara melintang, manakala bahagian lain dijahit secara menegak.

Terfikir tak kenapa ia tidak direka sama sahaja? Menarik bukan.

Oleh itu, hari ini, SK akan kongsikan rahsia disebalik mengapa lubang butang baju paling atas dijahit melintang manakala bahagian depan secara menegak.

Sebab Kenapa Lubang Butang Baju Paling Atas Dijahit Melintang

Gambar: Siakap Keli

Tahukah anda, reka bentuk jahitan ini bukan sekadar hiasan semata-mata, namun mempunyai tujuan, fungsi dan praktikal yang sangat penting.

Untuk pengetahuan, kancing melintang di bahagian leher membantu mengurangkan risiko terbuka sendiri apabila kancing menahan tekanan dari arah sisi. Contohnya, apabila anda memakai tali leher atau menggerakkan kepala.

Lazimnya, bahagian ini mengalami lebih banyak tarikan lateral, jadi reka bentuk mendatar memberikan kestabilan yang lebih baik berbanding lubang menegak.

Sebaliknya, lubang kancing lain di badan kemeja dijahit secara menegak kerana ia lebih mudah digunakan, cepat dipasangkan, dan menghasilkan penampilan yang lebih kemas dan simetri di bahagian hadapan baju.

Menurut laman Brightside dan beberapa pakar fesyen, reka bentuk lubang kancing yang berbeza ini juga membantu membezakan antara kancing leher (paling atas) dengan kancing badan biasa, terutamanya ketika menyarung baju dengan cepat.

Selain itu, butang baju yang melintang juga biasanya turut digunakan pada butang terakhir paling bawah sesetengah kemeja bagi tujuan yang sama.

Fungsinya untuk memberikan kekuatan tambahan pada kawasan yang sering tertarik ketika duduk atau membongkok.

Jadi, jika anda memakai kemeja, jangan anggap lubang kancing yang “pelik” di bahagian atas itu sebagai reka bentuk suka-suka.

Ia sebenarnya dirancang teliti dalam dunia tekstil untuk memastikan keselesaan, fungsi, dan ketahanan jangka panjang.

Sumber: TribunJualBeli

BACA: “Rahsia” Garis Pada Tuala Yang Ramai Tidak Tahu

BACA: Rupanya Ini Fungsi Lubang Kecil Pada Sinki