
Rupanya Ini Pemilik Suara “and with that 2025 season comes to an end”
Pejam celik pejam celik, kini berbaki lebih sebulan kita bakal menginjak ke tahun 2026. Tidak terasa begitu cepat masa berlalu pergi.
Sudah tentu, pelbagai momen pahit manis yang telah dilalui.
Sebelum 2025 melabuhkan tirainya, pastinya ramai yang ingin berkongsi setiap pengalaman dan momen mereka di platform media sosial.
Salah salah satu trend yang sentiasa kembali menjadi popular ketika hujung tahun ini adalah “and with that 2025 comes to an end”.
Trend ini biasanya warga maya akan berkongsi video atau gambar yang dikumpulkan dalam satu video sepanjang tahun berkenaan.
Mungkin anda salah seorang yang turut terjebak dalam dalam trend ini.
Bagi mereka yang pernah dengar dan menggunakan suara latar ini, pastinya tertanya-tanya siapakah individu di sebalik suara kegemaran ramai ini.
Sebenarnya, individu di sebalik suara ini merupakan seorang pengulas sukan bernama Sammy Levitt.
Difahamkan, trend itu bermula sejak beberapa tahun lalu sebelum mula menjadi trend tahunan sehingga kini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengimbau kembali tahun-tahun sebelum ini. Sebahagiannya menyifatkan waktu yang berlalu ‘pergi’ begitu pantas.
Antara komen netizen;
“Ini bukan trend tapi tradisi,” komen seorang pengguna.
“Tahun ni rasa begitu cepat,” tulis seorang lagi.
“Sedar yang saya semakin menua,” seloroh seorang lagi.
Sumber: TikTok @ Sammy Levitt