tayar terlalu keras atau terlalu lembut
Gambar: ImageFX

Rupanya Ini Kesan Memandu Dengan Tayar Terlalu Keras Atau Terlalu Lembut

Nur Erizsha

Rupanya Ini Kesan Memandu Dengan Tayar Terlalu Keras Atau Terlalu Lembut

Tekanan tayar adalah salah satu aspek paling penting dalam memastikan keselamatan dan pergerakan kenderaan.

Namun, ramai pemandu tidak menyedari bahawa tayar yang terlalu keras atau terlalu lembut boleh menjejaskan pengalaman pemanduan secara serius.

Tidak dinafikan, tayar yang berada pada tekanan yang tidak sesuai bukan sahaja menjejaskan keselesaan pemanduan, malah boleh meningkatkan risiko kemalangan.

Sehubungan itu, hari ini SK ingin kongsikan kelebihan dan kekurangan memandu dengan keadaan tayar yang berbeza seperti yang dijelaskan oleh McMahon Automotive.

Memandu dengan tayar terlalu lembut

Kelebihan:

Keselesaan

Tayar lembut dapat memberikan perjalanan lebih lancar dan selesa kerana lebih fleksibel serta menyerap hentakan jalan dengan lebih baik.

Cengkaman

Dalam keadaan tertentu seperti pemanduan off-road atau di permukaan licin, tayar lembut boleh memberikan cengkaman yang lebih baik kerana mampu menyesuaikan diri dengan keadaan permukaan jalan

Kekurangan:

Kecekapan bahan api berkurang

Tayar lembut meningkatkan rintangan gelongsor yang memerlukan lebih banyak tenaga (bahan api) untuk menggerakkan kenderaan.

Masalah kawalan

Tayar lembut boleh menyebabkan kurang responsif dan ketepatan kawalan, lalu menjejaskan keupayaan kenderaan untuk membelok dan memutar dengan baik.

Haus tayar

Dari semasa ke semasa, tayar lembut boleh menyebabkan kehausan tidak sekata, mengurangkan jangka hayat tayar dan memerlukan penggantian lebih kerap.

Mudah panas

Tayar lembut menghasilkan lebih banyak haba kerana terlalu banyak lenturan yang boleh membawa kepada kerosakan tayar dan risiko pecah (blowout).

Memandu dengan tayar terlalu keras

Kelebihan:

Lebih jimat bahan api

Tayar keras mempunyai rintangan gelongsor yang lebih rendah, lalu meningkatkan kecekapan bahan api kerana kurang tenaga diperlukan untuk menggerakkan kenderaan.

Jangka hayat lebih panjang

Tayar keras cenderung untuk haus lebih perlahan dan sekata, berpotensi memanjangkan usia tayar.

Kawalan lebih baik

Tayar keras boleh memberikan kawalan dan kestabilan yang lebih baik pada kelajuan tinggi kerana kurang lenturan

Kekurangan:

Perjalanan lebih kasar

Tayar keras memindahkan lebih banyak getaran dan hentakan jalan ke dalam kenderaan, menjadikan perjalanan kurang selesa.

Cengkaman berkurang

Tayar keras boleh mengurangkan cengkaman di jalan basah atau licin kerana kurang sentuhan dengan permukaan jalan.

Kurang ‘grip’ di jalan kering

Di permukaan kering, tayar keras mungkin mempunyai kurang daya cengkaman, menjejaskan prestasi ketika membelok dan membrek.

Risiko kerosakan

Memandu dengan tayar yang terlalu keras boleh meningkatkan risiko kerosakan akibat hentakan atau bahaya jalan kerana kurang fleksibiliti.

Peringatan

Menjaga tekanan tayar yang betul akan memberi keseimbangan terbaik antara keselesaan, kawalan, kecekapan bahan api dan keselamatan.

Justeru, adalah penting untuk mematuhi tekanan tayar yang disyorkan pengeluar yang biasanya boleh ditemui dalam buku panduan pemilik atau pada label di bahagian dalam pintu pemandu.

Semak serta laraskan tekanan tayar secara berkala mengikut spesifikasi pengeluar bagi mengelakkan kesan negatif sama ada akibat tayar terlalu lembut mahupun terlalu keras.

BACA: Hati-Hati, Ini Tanda Brek Kereta Anda Bermasalah

BACA: Kereta Tak Hidup & Tak Boleh Start, Ini 6 Sebab Anda Wajib Tahu

BACA: Kereta Bunyi “Ketuk-Ketuk” Masa Belok, Mungkin Ini Puncanya

Sumber: Mcmahon Automotive