rumah 2 tingkat
Tiada Kategori

Rumah RM4xxk* Tak Mahal? Ni Sebab Rumah 2 Tingkat ‘Freehold’ Di Tengah Bandar Berbaloi

Nurhanis

Rumah RM4xxk* Tak Mahal? Ni Sebab Rumah 2 TIngkat ‘Freehold’ Di Tengah Bandar Berbaloi

Zaman sekarang ni susah nak jumpa rumah teres freehold terutamanya kawasan perumahan yang murah di Selangor.

Kalau ada pun mesti rumah yang bertingkat-tingkat tingginya, iaitu apartment. Itu pun min rasa harganya sudah mencecah RM300,000 ke atas dengan keluasan 800 sqft.

Bukan tak mahu duduk di rumah aras tinggi, tapi tiap-tiap bulan kena bayar yuran penyelenggaraan Duduk di teres lagi syok, buka-buka pintu je terus nampak tanah, laman pula dipenuhi dengan tanaman sayur-sayuran itu pun kalau rajin nak menanam.

Tak perlu letak kereta jauh-jauh, depan rumah je dan kalau tertinggal barang pun tak terasa berat untuk patah balik. Lepas balik dari membeli-belah senang nak punggah barang.

Bak kata orang, tak semua yang kita nak akan dapat. Tapi janganlah kecewa dulu, kalau pandai cari mesti akan jumpa rumah idaman dan kalau bertuah boleh dapat dengan harga yang paling berpatutan.

Berbaloi ke rumah RM4xxk* berdekatan highway?

Kalau cakap pasal rumah, semestinya kita nak diami di kawasan yang mempunyai pertumbuhan ekonomi yang rancak. Kalau boleh betul-betul nak tepi highway, mudah je nak keluar dari rumah nanti tak perlu sesak-sesak lalu di jalan yang sempit dan tiada lampu jalan.

Harga rumah sekarang ini jika dicongak semula boleh mencecah sehingga RM500k ke atas. Kalau dapat lebih rendah daripada harga itu memang bertuah ditambah pula dengan fasiliti yang lengkap, pasti seronok.

Baru-baru ini, min ada ternampak iklan rumah yang menawarkan harga RM400k di media sosial. Iklan itu juga menyatakan kawasan perumahan itu dikelilingi dengan pelbagai fasiliti yang memang sedia ada.

Bila tengok balik iklannya, memang berbaloi untuk beli rumah tersebut sebabnya fasiliti yang penting seperti bank, klinik, pasar raya, kedai makan berdekatan dengan rumah. Tidak lupakan juga, highway pun dekat sangat, memudahkan perjalanan korang pergi dan balik kerja.

Rumah teres 2 tingkat, ‘freehold’ di Pekan Jenjarom

Salah satu projek yang min rasa berbaloi ialah Scientex Jenjarom Fasa Pertama Rumah Teres 2 Tingkat, Siri Blossom yang terletak di tengah-tengah Pekan Jenjarom. Walaupun berada di tengah bandar tetapi min yakin korang tidak akan lemas dengan kesesakan di kawasan itu.

Perjalanan korang pun akan jadi lebih mudah kerana lokasinya sangat strategik yang memudahkan untuk korang untuk melalui lebuhraya SKVE, KESAS, ELITE dan WCE (akan datang).

Tidak dilupakan juga, projek perumahan Scientex Jenjarom ini merupakan projek perumahan freehold yang berkeluasan 250 ekar selain berdekatan dengan kawasan perumahan yang mantap seperti Kota kemuning, Bukit Kemuning dan banyak lagi.

Seperti yang min cakapkan di atas tadi kawasan perumahan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak mempunyai fasiliti yang cukup. Kalau korang duduk di sini banyak sangat fasiliti yang telah disediakan seperti pasar raya Econsave, Lotus’s, 99 Speedmart dan lain-lain.

Lepas ni memang tak perlu bersusah payah untuk ke pekan lain sebab semuanya telah tersedia berhampiran dengan rumah. Disebabkan rumah ini freehold, projek ini sangat sesuai buat mereka yang mahu rumah itu menjadi hak milik kekal mereka selamanya.

Siapa yang duduk di Selangor pasti tahu betapa susahnya untuk dapatkan hak milik kekal ketika membeli rumah kerana ia berkonsepkan praktikal dan berkeluasan 1,625 sqft yang memiliki empat bilik tidur dan juga tiga bilik air yang mana bilik utama ada balkoni lagi.

Tidak hanya itu, ia juga berhadapan Jalan Klang-Banting dan yang paling penting harga rumah itu pada lingkungan harga RM4xxk* sahaja, jadi ansuran bulanan sekitar RM1,9xx*.

Jadi, kalau korang nak dapatkan rumah idaman dengan pelbagai manfaat dan mampu milik boleh tekan di sini.