
Lalat boleh menjadi hama gergasi bagi manusia baik di dalam mahupun di luar rumah, terutama ketika mereka terbang berdengung di hari-hari panas mencari makanan. Namun, lalat tidak mudah disingkirkan seperti nyamuk kersna mereka lebih pantas. Jadi kali ini, anda boleh membuat perangkap lalat buatan sendiri yang hanya menggunakan bahan yang minimum. Perangkap lalat buatanmu sendiri ini boleh gunakan di dalam ataupun di luar rumah.
Merujuk Decortips, perangkap lalat buatan sendiri dengan hanya menggunakan botol plastik terpakai boleh memerangkap lalat. Botol akan dijadikan perangkap yang disi dengan bahan yang akan menarik perhatian lalat. Setelah tergoda, lalat akan terperangkap di dalamnya.
Bahan yang diperlukan untuk membuat perangkap ini.
Botol plastik (1/ 1.5l)
Pisau
Penanda
Tali atau dawai
Gula
Air
Cara pembuatan
1. Potong botol
Ambil botol plastik terpakai yang ada di rumah dan beri tanda garis menggunakan marker pen di bahagian leher botol. Seterusnya, potong bahagian leher botol yang telah ditanda dengan cutter sehingga leher botol seperti membentuk corong. Sekarang terdapat 2 bahagian terpisah iaitu bahagian bawah dan atas botol.
2. Cantuman semula
Terbalikkan bahagian leher botol yang berbentuk corong tadi dan masukkan semula ke dalam botol. Bentuknya akan memerangkap lalat di dalam setelah mereka terbang dan masuk ke dalam botol.
3. Buat lubang
Setelah kedua bahagian botol dicantum, buat dua lubang di bahagian atas botol. Gunakan pisau yang dipanaskan atau cutter untuk membuat lubang. Lubang tersebut berfungsi untuk memasukkan tali yang nantinya untuk menggantung perangkap lalat di tempat yang sesuai. Hanya perlu membuat lubang jika ingin membuat perangkap lalat yang digantung.
4. Masukkan tali atau benang ke dalam lubang
Setelah botol perangkap berlubang, masukkan tali atau dawat halus ke dalamnya. Buat simpulan yang kuat untuk memastikan perangkap tidak jatuh. Seterusnya, gantung perangkap yang telah siap bertali di tempat yang bersesuaian.
5. Air gula
Rebus air selama sekitar 10 minit dan kemudian tambahkan beberapa senduk gula. Diamkan air gula sampai suhunya benar-benar normal dan tuangkan ke dalam botol. Air gula memainkan peranan sebagai kunci kerana akan memikat lalat ke dalam perangkap botol yang dibuat. Lalat akan masuk dan terperangkap di dalam air.
6. Hias perangkap
Hiaskan perangkap botol lalat yang tadi untuk menutupi permukaan dari penglihatan lalat lain dari pandangan. Gunakan cat, kertas, kain atau apa jua yang diperlukan.
Gunakan warna yang lebih gelap kerana warnanya lebih baik dalam menutupi lalat yang terapung di dalamnya. Setelah selesai mengdekorasi perangkap lalat dari botol plastik, ganti air gula setiap 2-3 minggu. Bersihkan perangkap sesekali, ianya penting untuk untuk memastikan kebersihan interior atau exterior rumah.
Sumber- Kompas.com