Ruang Dalam Hospital Kecemasan ‘Covid-19’ Terbesar Rusia Telan Belanja 92 Juta Euro Didedah

Nur Farra

Rusia sedang dalam usaha membina sebuah hospital ‘Coronavirus’ kecemasan dalam masa kurang satu bulan.

‘Wajah’ wad hospital itu tersebar di media sosial dengan jumlah kos pembinaan dikatakan kira-kira Euro 92 juta, dan terletak di Moscow.

Menurut laporan, ia merupakan yang paling besar daripada 18 buah hospital di seluruh Rusia yang terlibat dalam menangani krisis Covid-19.

Dalam pada itu, seramai 10,000 orang pekerja binaan dilaporkan terlibat dalam pembinaan hospital berkenaan yang bermula sejak 12 Mac lalu dan dijangka akan dibuka pada 20 April ini.

Pembinaan hopsital itu dibuat selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka menjangkakan jangkitan itu akan menular dengan lebih teruk pada masa akan datang.

Sehingga kini, jumlah kes jangkitan Covid-19 di Rusia meningkat lebih 8,000 kes. Dilaporkan, sebanyak 1,175 kes sehari dan angka kematian meningkat kepada 63.

Sumber: Daily Mail