
Setelah kejayaan musim pertamanya, siri boneka kegemaran PropertyGuru Malaysia, #BelajarBersamaRosemah, kembali untuk Musim Kedua! Kali ini, Rosemah berkongsi antara cabaran terbesar yang dihadapi oleh para pencari rumah masa kini – skim penipuan hartanah dan ejen tidak berdaftar.
Dengan peningkatan kes penipuan ini, PropertyGuru Malaysia terus komited melindungi pencari rumah melalui pendidikan dan kesedaran. Musim kedua #BelajarBersamaRosemah menekankan kesedaran terhadap penipuan dan pembinaan kepercayaan, menyampaikan pelajaran ringkas tentang cara mengenal pasti tanda amaran, mengesahkan ejen berlesen, serta melaporkan aktiviti mencurigakan.
Dua episod pertama, Jangan Cepat Percaya dan Bila Rasa Shark Wasangka, menampilkan Rosemah dengan gaya jenakanya yang tersendiri bagi mendedahkan taktik di sebalik iklan palsu dan ejen penyamar – menjadikan situasi sebenar sebagai pengajaran yang menghiburkan namun menyedarken bagi membantu rakyat Malaysia kekal berwaspada dan bijak hartanah.
Episod ketiga yang baru dilancarkan, Ada Udang Di Sebalik Mee?, pula membongkar perangkap tersembunyi di sebalik tawaran hartanah yang kelihatan terlalu indah untuk jadi kenyataan, sambil menunjukkan kepada penonton cara mengenal pasti tanda-tanda penipuan sebelum terlambat. Ketiga-tiga episod kini boleh ditonton di semua platform media sosial PropertyGuru Malaysia.

Menariknya, dalam episod-episod akan datang, Rosemah juga akan turun ke jalanan untuk menemu bual orang awam, mendapatkan pandangan dan reaksi spontan daripada pencari rumah sendiri.
“Kepercayaan menjadi asas utama setiap inisiatif kami tahun ini – daripada pelancaran Verified Badge sehinggalah kepada kempen kesedaran tentang amalan hartanah yang selamat,” kata Kar Wai Low, Pengarah Pemasaran Negara, PropertyGuru Malaysia.
“#BelajarBersamaRosemah adalah cara kami meneruskan misi tersebut dengan menggunakan humor dan penceritaan bagi menjadikan topik serius seperti penipuan dan pengesahan ejen lebih mudah difahami semua. Membangunkan kepercayaan bukan usaha sekali sahaja – ia perlu dipupuk melalui setiap inisiatif, mesej, dan perbualan yang kami jalankan bersama rakyat Malaysia.”
Dari 2019 hingga 2023, lebih 1,500 rakyat Malaysia dilaporkan kerugian hampir RM60 juta akibat ejen hartanah tidak berlesen, menurut Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH).

Sebagai langkah respons, PropertyGuru memperkenalkan Verified Badge di platformnya — satu penanda kepercayaan bagi Perunding Hartanah (REN), Ejen Hartanah (REA), dan Ejen Hartanah Percubaan (PEA) yang aktif dan berdaftar dengan LPPEH.
Melalui proses pengesahan yang selamat untuk mengesahkan identiti dan status lesen aktif seseorang ejen, lencana ini membantu rakyat Malaysia berurusan dengan profesional sah dan dipercayai ketika membeli, menjual, atau menyewa rumah.
Tonton keseluruhan siri #BelajarBersamaRosemah di TikTok, Instagram, dan Facebook PropertyGuru Malaysia, dan sertai Rosemah dalam misinya mendidik orang ramai supaya kekal bijak, selamat, dan bebas penipuan dalam dunia hartanah!