Cristiano Ronaldo tidak sepatutnya bermain untuk Manchester United (MU) lagi, kata Pengurus MU, Erik Ten Hag kepada pengurusan pasukan itu, lapor ESPN.
Difahamkan, bintang Portugal itu melemparkan dakwaan kepada majikannya dengan mengatakan dia dikhianati oleh Red Devils dan Ten Hag tidak menghormatinya.
Sebelum ini, ESPN melaporkan bahawa Ten Hag menangguhkan percutian keluarganya rentetan daripada temu bual Ronaldo dan mengarahkan pemain berusia 37 tahun itu untuk tidak beraksi bersama United.
Pihak pengurusan United merasakan Ronaldo telah melampau dalam kritikannya terhadap kelab dan dirinya sendiri.
Dia mengadakan pertemuan dengan pengerusi bersama Joel Glazer, Ketua Eksekutif Richard Arnold dan pengarah bola sepak John Murtough bagi menyatakan padangannya pada hari Isnin lalu.
Dalam pada itu, segelintir pemain turut ‘berang’ terhadap dakwaan yang dibuat oleh Ronaldo, sehingga merasakan temubual itu menjadi sorotan utama berbanding dengan kemenangan yang dimiliki oleh United beberapa jam sebelum itu.
Pada malam itu, Red Devils memperoleh kemenangan dramatik ke atas Fulham 2-1, di mana Alenjandro Garnacho mencuri perhatian utama kerana berjaya menjaringkan gol semasa perlawanan berlangsung.
Temu bual Ronaldo bersama Talk TV
Dalam temu bualnya dengan Morgan di Talk Tv, Ronaldo mendakwa Ten Hag tidak menghormatinya.
“Saya tidak menghormati dia kerana dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada saya.
“Sesetengah orang, mereka tidak mahu saya di sini, bukan sahaja jurulatih tetapi dua atau tiga orang lagi. Bukan tahun ini sahaja, malah tahun lepas juga,” kata Ronaldo semasa ditemu bual.
Pemain antarabangsa Portugal itu berkata sepatutnya dia tidak seharusnya berkata demikian, namun pada waktu ini dia tidak kisah kerana penonton harus tahu kebenaran.
Dalam temu bualnya, Ronaldo turut menyatakan bahawa United meragui anak perempuannya sakit di hospital apabila dia tiba lewat sewaktu latihan pramusim sebelum ini.
Dia turut mendakwa pakar Sky Sports dan bekas rakan sepasukannya, Gary Neville menggunakannya untuk menjadi lebih terkenal serta menyerang kenyataan Wayne Rooney yang melabelkan tingkah lakunya sebagai ‘tidak boleh diterima’.
Memetik Sportsmail, United kini sedang mencari cara untuk menyingkirkan Ronaldo dan peguam sedang mengkaji dakwaannya untuk melihat adakah ia termasuk dalam pelanggaran kontraknya.
Sumber: Daily Mail
Impact.com