
Bintang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo menjadi manusia pertama di planet bumi yang capai 450 juta pengikut di Instagramnya.
Siapa sahaja yang tak kenal dengan sosok pemain yang pernah memenangi penghargaan bolasepak tertinggi, Ballon D’or sebanyak lima kali dan itu sudah cukup membuktikan tentang kehebatannya.
Bukan sahaja pencapaiannya pemain bintang itu di atas padang dengan melakar pelbagai kejayaan malah dia turut mencipta sejarah dengan memiliki pengikut terbanyak di media sosial itu.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik oleh The Football Arena di Facebook berkata, “Cristiano Ronaldo capai 450 juta pengikut di Instagram. Dia satu-satunya orang di bumi yang mencapai 450 juta.”.
Baru-baru ini Ronaldo telah mencetak 2 gol untuk membantu Portugal menang 4-0 ke atas Switzerland di UEFA Nations League.
Untuk makluman, Cristiano Ronaldo ataupun nama sebenarnya Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro lahir pada 5 Februari 1985 di Funchal, Madeira, Portugal.
Bintang Portugal itu sekarang yang berusia 37 tahun masih bermain dengan sebuah kelab bolasepak terkenal di Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester United sebagai penyerang.
Ronaldo kembali menyarung jersi United selepas meninggalkan kelab itu pada era Sir Alex ferguson dan berhijrah ke Real Madrid dan Juventus sebelum dilamar semula ke United ketika Ole Gunnar Solskjaer menjadi pengurus kelab berpengkalan di Manchester itu.
Sumber: The Football Arena