
Ronaldo Dijangka Lawat Indonesia Esok
NUSANTARA — Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dijangka melakukan kunjungan ke Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT) pada Selasa, esok, petik ANTARA.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Asporv Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) Nusa Tenggara Timur (NTT), Abdul Muis hari ini.
Kata Muis, pihaknya kini sedang terus berkoordinasi dengan Yayasan Graha Kasih Indonesia mengenai rancangan mendatangkan pemain kelab Al Nassr itu.
“Sesuai jadual, Ronaldo akan tiba di Lapangan Terbang El Tari Kupang pada Selasa, 18 Februari esok,” katanya.
Walau bagaimanapun, Muis menyatakan bahawa kesahihan kehadiran bekas pemain Juventus itu masih dalam perbincangan bersama yayasan tersebut.
“Kami masih menunggu jadual rasmi dari Jakarta,” katanya.
Muis mengakui baru mengetahui bahawa bekas pemain Real Madrid itu akan datang ke Kupang, tetapi beliau masih belum mendapat kepastian penuh mengenai lawatan bintang Portugal tersebut.
“Tetapi yang pasti, kami (PSSI) diberikan peluang oleh Yayasan Graha Kasih Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Susy Maria Kapitana untuk mengadakan pertemuan antara PSSI NTT, Ronaldo, Yayasan Graha Kasih, dan kemungkinan besar bersama dengan Kerajaan Provinsi NTT,” tegas Muis.

Sebelum ini Ronaldo percaya bahawa dirinya merupakan pemain bola sepak paling lengkap sepanjang masa, petik ESPN.
Pemenang lima kali Ballon d’Or yang kini bermain bersama kelab liga Arab Saudi, Al Nassr telah memecahkan banyak rekod sepanjang kariernya dan merupakan penjaring gol terbanyak dalam sejarah bola sepak lelaki.
“Siapa penjaring gol terbaik dalam sejarah? Ia bergantung pada angka, noktah,”
“Siapa pemain yang telah menjaringkan paling banyak gol dengan kepala, kaki kiri, sepakan penalti, sepakan percuma? Saya melihat statistik baru-baru ini, dan walaupun saya bukan pemain kaki kiri, saya berada dalam 10 penjaring terbaik dengan kaki kiri dalam sejarah.
“Begitu juga dengan tandukan, kaki kanan, dan penalti,” kata Ronaldo dalam satu wawancara bersama program televisyen Sepanyol El Chiringuito.
Sumber: ANTARA