Harga runcit bagi produk petroleum RON97 turun 10 sen daripada RM4.15 seliter kepada RM4.05 seliter, umum Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.
MOF menerusi kenyataan memaklumkan, harga runcit bagi RON95 pula tiada perubahan dan masih kekal pada harga terdahulu iaitu RM2.05 seliter.
Manakala harga runcit bagi produk diesel juga turut sama tiada perubahan dan masih kekal pada harga terdahulu iaitu RM2.15 seliter.
Difahamkan, kadar harga runcit terkini tersebut adalah bagi tempoh 22 September esok sehingga 28 September depan.
Sumber: MOFSebelum ini, pada 14 September MOF memaklumkan harga runcit bagi RON97 turun sebanyak 5 sen seliter daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter.
Harga runcit RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter dan diesel turut kekal pada paras RM2.15 seliter.
Penurunan harga runcit bagi RON97 pada minggu ini meningkat sebanyak 5 sen dan menjadikan RM4.05 seliter berbanding minggu lepas.
Sumber: Facebook / Kementerian Kewangan