Harga runcit bagi petrol RON97 turun sebanyak satu sen seliter, iaitu daripada RM3.00 ke RM2.99 seliter, umum Kementerian Kewangan.
Sementara itu, harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel pula masing-masing kekal dengan harga sebelumnya, iaitu RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Menurut kementerian itu, harga runcit produk petroleum yang terkini itu adalah bagi tempoh dari 23 Disember esok hingga 29 Disember depan.
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia