Kredit Andrew Boyers/Reuters

Roger Federer Akhiri Karier Dengan Kekalahan Dalam Piala Laver

Syed Faisal Sayed Muhammad

Juara Grand Slam 20 kali Roger Federer bersara dari dunia Tenis

Roger Federer yang sebak melambai tangan mengucapkan selamat tinggal kepada sukan tenis profesional selepas bergandingan dengan seteru hebat Rafael Nadal pada malam penuh emosi di Piala Laver.

Pemain berusia 41 tahun itu menerima tepukan gemuruh dari penonton selepas keluar dari gelanggang buat kali terakhir setelah dia bersara sebagai seorang pemain profesional.

Roger yang berasal dari Switzerland itu telah memenangi 20 gelaran perseorangan Grand Slam dan dianggap sebagai antara pemain terbaik dalam sejarah sukan tenis.

“Ia adalah hari yang indah. Saya gembira, bukan sedih. Seronok berada di sini. Saya gembira saya berjaya melaluinya,” katanya.

Federer kelihatan sedang menangis sambil memeluk Nadal dan pemain lain, kemudian mendapat pujian daripada ribuan peminat yang melaungkan namanya di O2 Arena di London.

Nadal juga tidak dalam menahan sebak. Pemain Sepanyol berusia 36 tahun itu juga kelihatan sedih ketika dia duduk di sebelah Federer sambil mendengar nyanyian daripada penyanyi jemputan dalam persembahan penutup acara malam itu.

Federer dan Nadal merupakan seteru sejak sekian lama di puncak permainan. Mereka bergabung sebagau pasangan beregu menentang pasangan dari Amerika Jack Sock dan Fraces Taifoe dalam acara tahunan berpasukan antara Eropah dan seluruh dunia.

Walaupun Federer tidak bermain secara kompetitif selama lebih setahun, gandingan veteran itu berjaya memberi saingan kepada pasangan Amerika sebelum tewas 2-2 pada penghujung permainan.

Kekalahan itu menamatkan karier profesional bekas pemain nombor satu dunia selama 25 tahun selepas melalui 1750 perlawanan kompetitif sepanjang beraksi di atas padang tenis.

“Ia adalah perjalanan yang sempurna. Saya akan melakukannya sekali lagi,” kata Federer sambil menahan sebak semasa ucapannya di gelanggang.

Federer Adakan Sambutan Persaraannya

Karier Federer telah lama berada di penghujung, setelah dia mengalami kecederaan lutut sejak dua tahun lalu dan memerlukan tiga pembedahan dalam usaha untuk mengatasi masalah itu.

Dia tidak bermain dalam perlawanan kompetitif sejak tewas kepada pemain Poland, Hubert Huckarz pada suku akhir di Wimbledon tahun lepas.

Walaupun dihadkan kepada hanya tiga daripada 11 Grand Slam yang diadakan sejak awal 2020, dia berharap dapat menyertai kejohanan utama pada Julai baru-baru ini.

Tetapi selepas melakukan imbasan, dia mendapat berita buruk dan mengumumkan minggu lalu bahawa dia akan bersara kerana badannya sudah tidak boleh bermain.

Federer telah merancang tentang pesta untuk menandakan perlawanan terakhirnya itu dan dia berkata mahukan majlis yang menyeronokkan. Seperti yang di mahu, arena berkapasiti 17,500 itu dipenuhi dengan suasana perayaan yang dia mahukan.

Disaksikan oleh isterinya Mirka, empat orang anak mereka dan ditambah oleh kedua ibu bapanya. Setiap gerak geri Federer disambut dengan sorakan oleh penonton.

Keluarganya menyertai di gelanggang dalam sambutan yang menyayat hati. Federer juga dijulang oleh rakan-rakan pemain yang hadir pada hari tersebut.

“Semua orang ada disini, isteri saya sentiasa menyokong saya sejak dahulu lagi. Dia membuatkan saya terus bertahan dan membenarkan saya bermain, jadi ianya sangat menakjubkan, terima kasih,” katanya lagi.

Pesta itu juga dihadiri beberapa lagenda tenis termasuk Rod Laver bersama-sama selebriti termasuk pelakon Hollywood Hugh Grant dan editor majalah Vogue, Anna Wintour.

Federer hanya boleh bermain acara beregu kerana kecederaan lutut dan pergerakannya terhad. Kemudian dia sempat bergurau untuk menghabiskan perlawanan tanpa sebarang kecederaan otot.

“Berada bersama rakan dan keluarga, saya tidak merasakan tekanan walaupun saya merasakan sesuatu akan berlaku semasa perlawanan. Saya sangat gembira dan saya berjaya melaluinya untuk kali terakhir,” katanya di akhir acara.

Sumber: BBC