Rodrigo Holgado
Gambar: Malaysia_NT

Rodrigo Holgado Pertimbang ‘Angkat Kaki’ Dari Dunia Bola Sepak

Hannah

Rodrigo Holgado Pertimbang ‘Angkat Kaki’ Dari Dunia Bola Sepak

Pemain warisan Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk bersara sepenuhnya daripada arena bola sepak profesional.

Difahamkan, ia susulan penggantungan selama 12 bulan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak September lalu.

Holgado merupakan antara tujuh pemain warisan yang dikenakan hukuman tersebut selepas didakwa terlibat dalam pemalsuan dokumen semasa proses mendapatkan kelayakan untuk mewakili skuad kebangsaan Malaysia.

Ketika ini, penyerang berusia 30 tahun itu dikhabarkan masih berdaftar bersama kelab Colombia, America de Cali. Namun, beliau tidak menerima sebarang bayaran gaji sepanjang tempoh penggantungan berkenaan.

Menurut laporan media antarabangsa, Bambino Quintero, situasi yang berlarutan itu telah memberi kesan besar kepada karier Holgado.

Laporan tersebut mendakwa beliau kini bersedia untuk mempertimbangkan keputusan drastik, termasuk bersara sepenuhnya daripada bola sepak profesional.

BACA: FAM Panggil Pengadil Negeri Sembilan-JDT

Sumber: Stadium Astro