“Rider” berkumpul di Stadium Shah Alam sempena Inisiatif RiDE sebanyak RM500
Penghantar makanan mula berkumpul di Stadium Shah Alam bagi mendapatkan subsidi program Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bernilai RM 500 seorang dan termasuk RM 50 caruman KWSP.
Program yang dikenali sebagai Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) telah dipertanggungjawabkan kepada Majlis Sukan Negeri Selangor dalam proses pengendalian pemberian subsidi tersebut.
Menerusi hebahan di akaun Facebook milik Majlis Sukan Negeri Selangor, Acara Penyerahan Inisiatif Roda Darul Ehsan RiDE tersebut akan diadakan pada hari ini bersempena dengan Selangor Youth Festival 2022 bertempat di Perkarangan Stadium Shah Alam.
Kredit Majlis Sukan Negeri Selangor/FacebookPenyerahan inisiatif tersebut telah dibuat oleh YAB. Dato’ Seri Amirudin Shari selaku Menteri Besar Selangor pada jam 10.15 pagi tadi bertempat di perkarangan Stadium Shah Alam.
Festival yang bermula pada pukul 7 pagi tadi padat dengan atur cara yang mellibatkan golongan belia khususnya. Festival berkenaan di jadualkan akan berakhir pada jam 11 malam ini.
Majlis Sukan Negeri Selangor/FacebookBerkenaan dengan Inisiatif RiDE, syarat kelayakan kepada pemohon adalah ianya terbuka kepada semua anak jati Negeri Selangor atau permastautin tetap di Negeri Selangor. Pemohon juga mestilah berumur antara 17 hingga 40 tahun sahaja.
Pemohon juga mestilah mempunyai lesen memandu motosikal B2 yang dan mempunyai ID pekerja sebagai rider e-hailing yang sah.
Sumber: Majlis Sukan Negeri Selangor