Ribut Petir Landa Kesemua Negeri Hingga Malam Ini

Faiz Mustafa

Ribut petir dijangka akan landa kesemua negeri di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak sehingga malam ini, menurut jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Data terkini yang dikeluarkan oleh MET Malaysia pada sebentar tadi melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kulai Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut dan Hulu Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin).

Di kawasan tengah dan selatan pula, negeri yang terlibat adalah Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat, dan Sepang), WP Putrajaya, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka dan Johor (Segamat).

Manakala di Sarawak pula daerah yang dijangka terjejas hanya Limbang. Di Sabah pula, kawasan mungkin terjejas adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat. Akhir sekali adalah WP Labuan.

Data terkini yang dikeluarkan Met Malaysia adalah 4:10 petang tadi dan ramalan dijangka sehingga 7 malam ini.

Sumber: MET Malaysia