Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran mengenai ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri pada petang ini.
Menerusi kenyataan di Twitter, MetMalaysia memaklumkan bahawa tiga daerah di Selangor iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang akan dilanda cuaca buruk itu.
Ia juga bakal melanda negeri Putrajaya dan Johor yang melibatkan daerah Pontian dan Kulai sehingga jam 4 petang ini.
Sementara itu, ribut petir juga melanda daerah Kemaman di Terengganu, daerah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, daerah Kluang dan Mersing di Johor dan Bintulu di Sarawak sehingga jam 3 petang tadi.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia