
Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 8 Negeri, 1 WP
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 5 petang, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak, selain keseluruhan Perlis dan Negeri Sembilan serta WP Putrajaya.
“Di Kedah, daerah terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala Terengganu membabitkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin, manakala Selangor membabitkan Hulu Langat dan Sepang serta Johor membabitkan Segamat dan Mersing.
“Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambah METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak
BACA: 10 Tanda ‘Amaran’ Awal Anak Alami Tekanan Mental
Sumber: METMalaysia