Beberapa negeri dijangka akan dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 10 malam ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), keadaan cuaca itu akan melanda Bandar Baharu di Kedah, Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang, Muallim di Perak, Gua Musang di Kelantan, dan Maran dan Bera di Pahang.
Selain itu, negeri Selangor turut dilanda hujan lebat yang melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Tidak cuma itu, seluruh Kuala Lumpur dan tiga daerah di Negeri Sembilan iaitu Jelebu, Jempol dan Tampin turut diramal menghadapi cuaca yang sama.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga dijangka akan melanda Sarawak iaitu Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu (Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) serta negeri Sabah iaitu Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud).
Susulan ramalan cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengelakkan diri dari berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia