
Ribut Petir, Hujan Lebat Dijangka Landa Empat Negeri Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga jam 1 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, empat negeri yang terlibat adalah beberapa daerah di Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Terengganu.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Jerantut dan Kuantan. Manakala di Sarawak pula termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong) .
“Beralih ke Sabah, hanya kawasan di Tawau (Tawau) diramal hujan hingga awal pagi ini,” maklum MetMalaysia dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia