hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama
Tiada Kategori

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Iqbal Yasir

Ribut Petir Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, keseluruhan negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diramal hujan lebat termasuk beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Bagi Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Selain itu, beberapa daerah di Kelantan diramal hujan seperti Machang dan Pasir Puteh, sementara di Terengganu termasuk Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

“Di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut dan Bentong juga dijangka hujan, selain Selangor melibatkan kawasan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

“Dua daerah di Negeri Sembilan juga diramal hujan petang ini melibatkan Jelebu dan Seremban. Manakala di Johor hanya daerah Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman (Lubok Antu), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Daro) dan Limbang.

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Telupid dan Beluran),” kata METMalaysia dalam kenyataan hari ini.

BACA: 5 Negara IQ Tertinggi & Terendah

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Lelaki Maut Ditembak Ketika Memandu