
Ribut Petir, Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga 5 Petang Ini
Jabatan Meterologikal Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda dua wilayah dan empat negeri sehingga 5 petang ini.
Fenomena berkenaan diramal akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan dan Labuan serta beberapa kawasan di Perak, Selangor, Sarawak dan Sabah.
Di Perak, ia melibatkan kawasan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim manakala di Selangor, keadaan cuaca itu diramalkan melanda Hulu Selangor, Gombak serta Petaling.
Manakala di Sawarak, kawasan yang dijangka terjejas adalah Sibu (Selangau), Mukah, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) pula adalah kawasan di Sabah turut dijangka mengalami cuaca yang sama.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.”

BACA: Ini 5 Negara Yang Dinamakan Sempena Nama Individu
Sumber: Jabatan Meteorologikal Malaysia