Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri sehingga 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda seluruh Kuala Lumpur dan daerah Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah.
Selain itu, di negeri Perak, daerah yang terlibat adalah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah dan Kampar serta
Manakala di Kelantan pula melibatkan daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
“Di Terengganu, daerah yang terlibat adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.
“Sementara itu, ribut petir dan hujan lebat juga akan melanda Tanah Tinggi Cameron di Pahang dan daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor,” kata MetMalaysia.
Di samping itu, cuaca buruk itu juga akan melanda Jelebu dan Seremban.
Bagi negeri Sarawak pula, daerah yang terlibat adalah di Kuching (Kuching), Samarahan, Kapit (Kapit dan Belaga), Miri (Marudi) dan Limbang (Limbang).
Di Sabah, ia hanya melibatkan daerah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Beluran).
Susulan info cuaca ini, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia