INDRAMAYU: Ribuan semut ‘Charlie’ telah menyerang warga Indramayu, Jawa Barat. Serangan ini telah berlaku sejak 27 Ogos.
“Sebanyak 11 orang telah menjadi mangsa daripada serangan semut ‘Charlie'”, kata ketua Perkhidmatan Kesihatan Kabupaten Indramayu, Deden Bonni Koswara, 2 September.
Mangsa daripada serangan ini telah mengalami luka di bahagian mata dan mulut. Luka tersebut terasa panas, pedih dan sakit.
7 daripada 11 mangsa terdiri daripada kanak-kanak.
Deden menjelaskan bahawa semut ‘Charlie’ ini mempunyai racun. Racun itu disebut sebagai Paederin dan ketika mangsa terkena racun ini, ia akan menyebabkan keradangan pada kulit mangsa dan ia juga terasa pedih seperti kulit terbakar.
“Racun daripada semut ‘Charlie’ ini tidak merbahaya tetapi akan terasa seperti terbakar serta tidak selesa dan kulit akan melepuh akibat racun itu”, kata Deden.
“Racun daripada semut “Charlie” akan keluar lebih banyak setelah haiwan itu disentuh”, katanya.
Sumber: KOMPAS.com