Tiada Kategori

Ribuan Peserta Meriahkan ASICS META : Time : Trials Thailand 2025

Nur Farra

Acara larian berprestij, ASICS META : Time : Trials Thailand 2025, kembali meraikan ulang tahun ke-4 dengan sambutan luar biasa di Rama VIII Bridge & Park. Lebih 4,000 peserta dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang hadir, bersama 45 atlet ASICS dari seluruh Asia yang beraksi dengan kasut siri terbaharu METASPEED™ TOKYO.

Hasilnya, 12 rekod peribadi (personal best/PB) berjaya dipecahkan, menjadikan edisi tahun ini antara yang paling mencuri perhatian.

Kategori Jemputan Lelaki (10KM):

  • Juara: Sonny Wagdos (Filipina, 00:31:54), berjaya mempertahankan gelaran.

  • Naib Juara: Daniel Simanjuntak (Indonesia, 00:32:02).

  • Tempat Ketiga: Pongsakorn Suksawat (Thailand, 00:32:11).

Kategori Jemputan Wanita (10KM):

  • Juara: Nefriana Ariance Daik (Indonesia, PB 00:36:18).

  • Naib Juara: Joida Gagnao (Filipina, 00:37:13).

  • Tempat Ketiga: Leanne Szeto (Hong Kong, 00:37:44).

Kontinjen Malaysia turut menyerlah dengan pencapaian membanggakan. Atlet Daren James Nair mencatat PB baharu 32:32 minit pada hari lahirnya, manakala rakan sepasukan Syakir Alwi (33:13), Hazman Akmal (33:26), dan Michelle Chua (38:44) turut menamatkan larian dengan rekod peribadi masing-masing.

Acara ini juga menjadi pentas bakat muda Thailand apabila dua atlet remaja, Archawin Dokdoung (16 tahun) dan Thanakrit Raksaphon (14 tahun), turut mencatat rekod peribadi baharu dengan masa 00:35:30 dan 00:39:14.

Selain perlumbaan, ASICS turut melancarkan Koleksi TOKYO yang menampilkan kasut larian inovatif seperti MEGABLAST™, SONICBLAST™, NOVABLAST™ 5, GEL-KAYANO™ 32, dan GEL-NIMBUS™ 27 dengan rekaan berinspirasikan budaya serta tenaga moden kota Tokyo.

Acara ASICS META : Time : Trials Thailand 2025 bukan sahaja mengangkat prestasi atlet profesional, malah menjadi simbol semangat komuniti larian Asia, di mana setiap peserta diraikan, sama ada mengejar podium, memperbaharui PB, atau sekadar menikmati suasana perlumbaan.