rhb pekerja diberhentikan
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

RHB Ambil Tindakan Tegas, Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan

Sofea

RHB Ambil Tindakan Tegas, Pekerja Terlibat Isu Tular Diberhentikan

RHB Banking Group (RHB) memaklumkan bahawa kakitangannya yang terlibat dalam isu tular di media sosial tidak lagi bekerja di syarikat perbankan itu berkuat kuasa 31 Oktober.

Menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook, RHB berkata keputusan itu dibuat selepas siasatan dalaman berhubung insiden terbabit dilakukan.

“Di RHB, kami sentiasa komited untuk memastikan setiap interaksi dijalankan dengan tahap profesionalisme, integriti dan rasa hormat yang tertinggi.

“Kami mengekalkan dasar toleransi sifar yang ketat terhadap sebarang tingkah laku yang melanggar Kod Etika dan Tingkah Laku kami,” katanya.

Terdahulu, RHB berkata pihaknya mengambil maklum mengenai perkongsian sosial media yang didakwa telah dibuat oleh salah seorang kakitangan mereka.

“Kami ingin menegaskan bahawa pandangan yang dinyatakan adalah sepenuhnya bersifat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian atau pandangan rasmi RHB Banking Group dalam apa jua cara,” katanya.

Sumber: RHB