Sebentar tadi, Perdana Menteri Malysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan bahawa pembukaan semula ekonomi pada 4 Mei 2020 adalah untuk membantu menaikkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk membanteras wabak Covid-19.
Kerajaan membenarkan kepada beberapa sektor perniagaan yang bakal dilaksanakan bermula pada 4 Mei 2020 tertakluk pada syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
SK ingin berkongsi tentang SOP yang bakal digunapakai untuk sektor makanan merangkumi perniagaan berpremis, perniagaan tanpa premis (penjajaan), pasar berbangunan, pasar tanpa premis dan peruncitan.
Waktu operasi dibenarkan untuk sektor pemakanan ini bermula pada 5 pagi hingga 12 tengah malam dengan kapasiti pekerja 100 peratus. Manakala untuk kehadiran pelanggan hanya dibenarkan pada pukul 7 pagi hingga 10 malam.
Perniagaan premis

Perniagaan/Penjajaan Tanpa Premis

Pasar Berbangunan

Pasar tanpa premis

Peruncitan/ serbaneka makanan dan minuman
Kedai runcit
Pasar raya mini
Kedai serbaneka

Sumber: Majlis Keselamatan Negara