Sebuah restoran popular di Scottsdale, Arizona dilaporkan menjadi tular selepas menggalakkan pelanggannya untuk menjilat dinding yang diperbuat daripada garam himalaya merah jambu.
Memetik laporan Oddity Central, restoran tersebut sangat terkenal kerana hidangan yang lazat dan juga dinding garam merah jambu yang dibina di sekitar dapur mereka.

Difahamkan, batuan garam itu telah dibawa sendiri oleh ketua cef di situ untuk mengimbangkan suasana serta memberikan pelanggan cara baharu untuk menikmati minuman mereka.
Walaupun ia kelihatan tidak bersih namun restoran itu mendakwa bahawa garam himalaya mempunyai cara untuk membersih dengan sendiri.

Jadi menurutnya orang ramai tidak akan dijangkiti penyakit berjangkit.
Lebih menarik, pelanggan di restoran tersebut telah melakukannya sejak 17 tahun yang lalu.
Sumber: Oddity Central