
Musim-musim PKP ini, mesti ramai yang sudah mencuba pelbagai jenis juada makanan. Ye lah, terutamanya para ibu di rumah, mesti ketandusan idea untuk masak buat keluarga kan?
Justeru itu, Facebooklah yang menjadi ‘buku’ resipi digital buat para ibu untuk mencuba pelbagai jenis resipi untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta.
Kali ini, perkongsian daripada salah seorang ahli grup Masak Apa Hari Ini, Yumiko Hideaki yang berkongsi resipi menu rare dari negara jiran ini mendapat perhatian ramai dengan lebih seribu perkongsian.
Walaupun menggunakan biskut kering ini sahaja tetapi ia tetap nampak menyelerakan dan sesuai untuk dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.
Ada yang pernah tengok atau makan kuih rare dari indonesia ni tak?
Roti Gabin 80an 90an

Mula-mula memang pelik sangat bila suami cakap teringin nak makan masa tu tahun 2016…sebab biase biskut kering ni kita makan cicah air kopi teh @milo je kan..
Puas cari resepi sebab tak tau nama yang betul. Akhirnya setelah terjumpa resepi cuba buat dan akhirnya menjadi.
Malam ni kerajinan sampai sebab En suami dah request dari kemarin dan satu kepuasan bila kita dapat tunaikan keinginan orang tersayang walaupun hanya dengan makanan.
Kalau ada sesiapa teringin nak buat bole follow resepi dekat bawah ye..
Biskut cracker secukupnya
Bahan inti
Tepung gandum 1 cawan
Gula 2 sudu makan
Susu pekat setengah cawan (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
Telor sebji
Air 2 cawan @ secukup nya
Sedikit esen vanila
Cara-carannya…
Bahan diatas( kecuali biskut) satukan dalam periuk
Uli sampai rata dan tapis
Masak atas api sederhana sampai pekat jadi macam doh
Rehatkan sekejap
Letakkan inti 2 sudu besar atas biskut (ikut ketebalan yang kita nak)
Tutup inti dengan biskut lagi 1
Tekan sedikit bagi padat lepastu penuhkan dan ratakan keliling biskut dgn inti
Bole simpan dalam peti ais dulu atau bole terus goreng dalam minyak yang panas dalam 2 minit..
Toskan dan siap dimakan
Saya tambah sedikit garam untuk naikkan rasa lemak tepung tu. Tepung tu boleh gantikan dengan tapai ubi ye bagi yang suka makan tapai..
Resepi ni insyaallah anak-anak suka.
Sumber: Yumiko Hideaki