
Musim durian kembali lagi. Bagi peminat tegar durian ini lah masa yang dinanti-nantikan, makan sampai tak ingat dunia.
Buah durian ni kalau tak kena musim, harganya bukan main mahal lagi. Sebiji boleh cecah beratus-ratus. Tapi ada diantara kita, yang sanggup juga beli sebab teringin sangat.
Musim-musim durian ni, ramai jugalah yang beli bawa balik untuk dibuat serawa dan pelbagai resepi berasaskan durian. Sedapnya.
Tapi, apa yang kami nak kongsikan hari ini agak unik. Jika sebelum ini isinya dijadikan menu utama, kali ini bijinya pula dijadikan hidangan. Ha, nak tahu macam mana nak masak biji durian? Mari kita tengok resepi yang dikongsi Puan Noor, kerepek biji durian. Sesuai dijadikan kudap-kudapan tengok cerekarama petang-petang.
Jom tengok resepi seperti dibawah.



Biji durian direbus dan dibuang kulit.

Kemudian dihiris halus dan digaul dengan tepung bestari.

Siap.. Nampak sedap kan? Selamat mencuba.